Thursday, April 4, 2013

Hi , Single ! :D

Pertama kali bertemu kau membuat hatiku rasa tidak menentu . Cey cey giteww , hahaha :) . Kenapa aku merasai begitu ?

19 APRIL 2012 (Dikaunter pembayaran)

Tiba di suatu hari , dimana sebuah pasar raya penuh kesesakan dengan kehadiran pelanggan untuk membeli belah di sebuah shopping centre .
Mr. F : Hi , Single ! :D
Aku berasa pelik dengan kehadiran seorang lelaki secara tiba tiba yang sememangnya tidak kukenali menggelarkan aku 'Single' ingin membantu aku di dalam kaunter pembayaran untuk packing pelbagai jenis barang . fuhhh ! Lega sebab ada yang membantu , kalau tidak aku memang tidak menang tangan untuk membuat benda ni semua . Hah ! tapi kalau ikhlas untuk membantu aku membuat semua kerja ni tkpelah , lebar tapak tangan nyiru ku tadahkan . hehehe :) . Muka dia ? hish time tu tak sempat aku nak ucap terima kasih dekat dia sebab sudi tolong aku . Memandangkan dia just pergi macamtu je , so mungkin next time aku ucapkan terima kasih pada dia , tapi aku tak tahu macam mana nak cari dia . Muka dia pun tak ku lihat sepenuhnya sebab busy sangat packing barang , inikan pulak department mana dia bekerja . Inilah masalahnya pada aku time tu ! Keesokannya pulak aku try tanya someone sama ada dia kenal ke tak mamat sorang ni , aku pulak memberitahunya secara tidak terperinci bagaimana rupa orang yang menolong aku dikaunter pembayaran . Jawapan yang aku terima hampa semata mata , buat kering anak tekak aku ni je cakap dengan dia tapi tak dapat apa apa pun . hmmmm , sedih gila mokkk ! Aku cuba mencari kelibatnya dikaunter pembayaran , untuk keesokan harinya tapi batang hidungnya pun tak ku nampak inikan pula bayangnya ! heh -.- Aku cuba lupakan sekejap pasal dia tuu .

2 MAY 2013
buat kali kedua dia datang membantu aku dikaunter sekali lagi aku mendengar suara halusnya dan dia menyapa aku dengan nama yang digelarinya iaitu 'Hi,Single!' sambil tersenyum . Dan sekali lagi juga aku berasa lega diatas kehadirannya untuk membantu aku dikaunter . Selepas pelanggan berkurangan Q digarisan belakang aku menyedari dia ingin pergi . Hanya setelah itu , secepatnya aku berterima kasih padanya . Dia membalas 'welcome' sambil tersenyum . Dengan senyumannya itulah hati aku berasa lain . Apakah ? heeee :D . Pada hari sebelum pulang , sempat aku terserempak dengannya dan aku say 'hi!' padanya :) . Ceyceyyy . hehe :D dan dia membalas ayat yang sama pada aku , aku yakin mungkin time tu dia banyak kerja kena buat . Tapi aku kena tanya dia sesuatu sebelum dia meneruskan kerjanya tu ! . 'Ehem ehem , sape nama abg ?' hish , aku ni macam tau tau jee dia tu tua ke muda . hah ! lantaklah , asalkan berbaloi dan dia ada jawapannya ketika aku bertanya soalan yang agak munasabah ni semua , kans ? Dia menjawab soalanku 'Nama abang kecik , tapi orang dekat sini panggil abang panjang .' Aku berfikir sejenak , aik ? nak kata kecik tak kecik , tinggi apa ntah lagi . Takkan nama dalam ic kecik kottt ? heh , tak munasabah betul nama yang dia bagitau dekat aku nii . Nak propa leteww ! ' Ouh , macam mana abang tau yang saya ni single , ea ? ' . Aku cuba untuk mengorek rahsia darinya , hehehe . Tapi apa jawapan yang aku dapat ? eyyyy ! . Dia jawab ' adalah '. Haish , mamat nii memang nak buat lawak dengan aku ke ? tak lawak pun lahhhh -.- . Aku terus thumb print dan pergi begitu sahaja . Rasa hampa tau bila tanya dia , jawapan yang dia bagi macam main main . Ingat playground ke nii ? hiyyy , geram pulak kite dibuatnya . Tapi takpe aku akan cari tau jugak nanti sampai dapat . Just wait and see !

No comments:

Post a Comment